Jun 13, 2012

Nak Top up RM5 free daripada Program Perdana Leader Fellowship??

Program Perdana Leader Fellowship adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Program Perdana Leader Fellowship adalah satu program penjenamaan semula menggantikan The Leader yang merupakan satu daripada enam (6) inisiatif (Transformation Initiatives) yang dibentuk sewaktu Makmal Transformasi Pembangunan Belia.

Program ini menggunakan pendekatan berkonsepkan gabungan latihan internship dan mentorship bagi melatih, membimbing dan meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri belia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Perdana Leader Fellowship, anda boleh layari http://interaktif.kbs.gov.my/theleader/ atau http://vyrec.com/mari-sertai-perdana-leader-fellowship

Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah prabayar (topup credit) bernilai RM5.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab kajian ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya.

Pembayaran top-up akan dibuat SELEPAS pihak IPPBM menerima penyertaan 5,000 responden. Selepas menerima kod topup, anda diberikan tempoh selama dua (2) minggu sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kod nombor topup.

Untuk menyertai survei ini sila klik ke Borang Kajian. Kesemua jawapan dan pandangan anda akan dijadikan input kajian tersebut.