Mar 11, 2011

Tsunami melanda Jepun

Subhanallah. Tsunami melanda Jepun. Besarnya kuasa Allah. Sekelip mata segala-galanya depan mata boleh hilang sekelip mata. Setelah 7 tahun tsunami melenyapkan hampir keseluruhan Acheh, kini tahun 2011, giliran Jepun dilanda ombak setinggi 10 meter selepas gempa bumi 8.9 pada skala ritcher. Gempa bumi di dasar laut ataupun di daratan mengakibatkan kerosakn teruk dan kehilangan nyawa. Lihatlah apa yang terjadi di Jepun. Negara moden dan kuasa ekonomi dunia pun boleh lumpuh. Tidak kira siapa dan di mana, jika berlaku kejadian seperti ini pasni membuatkan hati kita pilu. Banyak nyawa melayang. 
Tengok dekat CNN macam mana tsunami melanda. Start dari laut sampai la ke darat... Kuasa Allah...Nampak kereta, kapal terbang, rumah macam mainan saje.... habis sekelip mata.